Ikan Yang Berada Di Dalam Akuarium Ini Terus Menghilang 1 Demi 1 Secara Misteri, Tak Siapa Sangka Ini Punca Sebenarnya!

Kejadiannya berlaku di sebuah kedai akuarium besar bernama “Maidenhead Aquatics Woking” yang terletak di Surrey, England. Pegawai kedai menyedari ikan-ikan yang tinggal di sebuah akuarium yang berumur 12 tahun dan mengandungi kira-kira 200 gelen air hilang secara misteri, pegawai kedai tidak tahu apa penyebab dari kehilangan ikan-ikan tersebut.

Sampai suatu hari tangki dalam akuarium itu bocor. Ketika sedang diperbaiki, pegawai kedai terkejut kerana mendapati seekor haiwan aneh, setelah diteliti ternyata yang dijumpai adalah seekor cacing bobbit atau biasa disebut dengan Bobbit Worm.

Loading...

Pengurus kedai yang bernama John Penny berkata “haiwan itu mempunyai panjang kira-kira 3.5 kaki, kami menghadapi dilema dalam cara pengatasannya kerana haiwan itu kelihatan sangat aneh.”

Menurut laporan Inggeris, cacing bobbit itu ditemui tersembunyi di dalam batu berumur kira-kira 10 tahun yang tersebar di dasar akuarium. Ketika ditemui, cacing itu membelah diri menjadi 3 bahagian, bahagian ekor mati dalam kurun waktu beberapa hari dan dua bahagian lainnya masih hidup.Pegawai kedai menganggarkan cacing itu berasal dari lautan tropika dan telah bersembunyi di dalam batu kurang lebih selama 10 tahun, penyebab kehilangan ikan-ikan di akuarium alasannya juga dijangka kerana dimakan oleh cacing bobbit itu.

Cacing bobbit biasanya tinggal di dasar laut yang gelap tepatnya di kedalaman 45 meter, dia boleh tumbuh sepanjang 4 meter, dia mempunyai capit yang besar dan biasanya boleh menggigit orang yang menyentuhnya, kali terakhir dia juga boleh mengeluarkan lendir yang boleh mengakibatkan iritasi pada kulit manusia.

Loading...

Pegawai kedai John Penny terakhir menambah, bahagian tubuh cacing yang terbelah kelihatan sudah pulih dan mereka sedang menunggu apakah akan ada kepala baru yang tumbuh dari bahagian tubuh yang membelah diri.

Dua bahagian tubuh yang hidup masih ditempatkan dalam Akuarium di Maidenhead Aquatics Woking dan berada di bawah pengawasan ketat dari para pegawai. Sekarang ini para pegawai kedai sangat bersemangat menunggu hal apa yang akan terjadi selanjutnya.

Banyak pengunjung kedai selepas melihat cacing itu mengaku geli atau jijik dan ada juga yang sangat penasaran dengan asal muasal dari cacing itu, namun banyak juga yang mengaku takjub selepas melihatnya.

..

..

..

Loading...

..

..

..

Sumber: happytify

Edited : facebook.com/kisahbenar.co

Loading...