Resipi Ubat Sakit Jantung, Mengatasi Masalah Kolesterol, Darah Tinggi, Kencing Manis & Gout Boleh Buat Sendiri Di Rumah, Insya-Allah

 

Resipi untuk ubat penyakit jantung ini saya dapat dari Seorang Ustaz, rakan Darulsyifa’ dalam pertengahan bulan Mei lalu. Ianya berpunca dari seorang Ulamak yg tinggal di London bernama Mohammed Kantharvi.

Beliau pergi ke Pakistan untuk hadir dalam satu Conference dan mengalami sakit dada.

Loading...

Doktor mengesahkan 3 saluran injab tersumbat dan perlu dilakukan segera. Beliau dirujuk kepada Cardiologi Hospital di Lahore dan menunggu appoinment utk pembedahan.

Dalam pada itu seorang Ulamak Di Pakistan, Moulana Bashir Usmani telah membuat satu ramuan ubat dan memberi Mohammed makan.

Sehari sebelum pembedahan dilakukan, pemeriksaan Angiography mendapati TIADA saluran injab yg tersumbat dan Mohammed Kantharvi disahkan sihat. Melihat kepada ramuan bahan yang dinyatakan, saya rasa ada kebenaran cerita ini.

Jadi saya pun cuba membuatnya sendiri dan makan dulu sendiri bersama isteri selama hampir 2 minggu. Kesannya amat memberansangkan. Selera makan bertambah.

Peluh mencurah2 walaupun melakukan kerja yang ringan. Tenaga bertambah. Badan terasa ringan dan pegerakkan menjadi cergas. [Like page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

 

Loading...

Ramuan Bahan2 adalah seperti berikut :-
 
1. Satu cawan Jus lemon
2. Satu cawan Jus Halia
3. Satu cawan Jus Bawang Putih
4. Satu cawan Cuka Epal
5. Tiga cawan Madu Asli.

 

Cara Membuatnya 

Campurkan bahan 1 hingga 4 diatas dan masukkan dalam periuk dan masak diatas api yang sederhana selama lebih kurang 20 minit.

Kacau sentiasa untuk mengelakkan dari berkerak. Setelah masak alihkan kedalam bekas dan biarkan ianya sejuk dalam 30 minit.

Kemudian campurkan 3 cawan madu asli…..dan boleh diminum.

 

Sukatan Minumannya 

Ikut resipi asal hendaklah diminum 3 sudu teh selepas bangun tidur ketika perut kosong sekali sehari.

Tapi pada saya yg belum ada sakit jantung merasakan tindak balas yang agak kuat seperti terasa darah berjalan dengan laju. Maka, saya hanya mengambil satu sudu teh sahaja sehari, itupun sudah cukup kuat.

Loading...

Rasanya masam manis.

 

Supliment Tambahan 

Saya membaca beberapa Doa Rukyah pada ramuan bahan sebelum diproses. Rukyah yang dibaca adalah :-

1. Surah Al Fatihah
2. Ayat Kursi
3. Solawat Syifa
4. Solawat Tafjiriyah
5. Ayat Pemecah Surah Al Anbiyaa ayat 30
6. Ayat Pemecah Surah Al Hasyr ayat 21 – 24
7. Ayat Pemecah Surah Al Mukminuun ayat 115 – 118

Selamat mencubanya.

 

Sumber: fenditazkirah.blogspot.my/

 

 

Jika Terlalu Banyak Cicak Di Rumah, Ini Petandanya…

 

 

Cicak memang salah satu haiwan yang sinonim dengan rumah. Memang mudah untuk menjumpai cicak di dinding-dinding rumah.

Kadangkala banyak juga tahi cicak yang bertaburan terutama di bilik yang jarang diguna ataupun tandas. Bunyi juga agak annoying terutama di waktu malam.

 

Ini sedikit penjelasan tentang bahaya cicak.

Jom kita baca:

Ruqyah dan hadith

Dalam dunia ruqyah (sihir), cicak itu salah satunya makhluk pembawa sihir dan harus dibunuh.

[Like page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

Didalam sahih Muslim dijelaskan: Barang siapa yang membunuh cicak pada satu kali pukulan jadi baginya seratus kebaikan. Dan jika pada pukulan ke-2 jadi baginya (kebaikan) berbeza dengan itu (yang pertama), jika pada pukulan ketiga jadi baginya (kebaikan) tidak sama dengan itu (yang ke-2).

 

Dalam hadis yang lain:

Ibnu Majah meriwayatkan di dalam “Sunan” nya dari Saibah Maulah al Fakih bin al Mughiroh bila dia menjumpai Aisyah dan lihat di rumahnya ada satu tombak yang tergeletak.

 

Dia juga bertanya pada Aisyah,

“Wahai Ibu golongan mukminin apa yang engkau kerjakan dengan tombak ini?”

Aisyah menjawab, “Kami baru sahaja membunuh cicak-cicak. Sesungguhnya Nabi saw pernah memberi tahu kami bila masa Ibrahim as dilemparkan dalam api tak satu juga binatang di bumi waktu itu terkecuali untuk memadamkannya tetapi cicak menyemarakkan lagi apinya. Jadi Rasulullah saw memerintahkan untuk membunuhnya.

 

“Kitab” az Zawaid “menyebutkan bila hadits Aisyah ini sahih.

Saat lakukan ruqyah rumah, rata-rata ketika dibacakan surat Al Baqarah selalunya ada cicak secara tiba-tiba jatuh dan mati atau kadang-kadang didapati cicak mati dengan tubuh hangus. Lantaran cicak kerap dijadikan media pembawa sihir. Banyak dari kumpulan jin yang bertukar rupa menjadi cicak untuk meletakkan racun sihir dirumah.

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah mengkhabarkan pada kami bahawa jin itu terdiri dari tiga kumpulan. Pertama, jin yang senantiasa berterbangan (melayang) di awangan, ke-2, jin dalam bentuk haiwan melata dan ketiga, jin yang mempunyai rumah dan suka mengembara “(HR. Thabrani, Hakim, Baihaki dengan sanad yang sahih).

 

Penyakit

Selain media sihir, cicak itu juga merupakan pembawa kuman yang bahaya. Badan cicak mengandungi bakteria berisiko iaitu bakteria Escherichia Coli atau E Coli. Escherichia Coli telah dikenali sebagai mikrob yang boleh mengakibatkan sakit perut dan boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Sekiranya cicak terkena makanan, diharap anda membuang makanan tersebut kerana dikhuatiri sudah tercemar.  [Like page ‘Informasi dan Tauladan‘ di Facebook]

 

Najis cicak

Dalam satu kajian, najis cicak juga terbukti boleh menembusi plastik. Kajian menunjukkan apabila tahi cicak terkena telefon bimbit, ianya mampu merosakkan monitor handphone.

Oleh itu, sekiranya terdapat cicak di rumah berhati-hatilah. Seeloknya kira cuba hindari untuk mengahalau cicak dari rumah

Loading...