“Saya Sedia Bersemuka Dengan Erra” – Mona Syamimi


Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi mengeluarkan kenyataan bahawa dia bersedia untuk bersemuka dengan Erra Fazira bagi menjelaskan perkara sebenar yang berlaku diatara dia dengan salah satu finalis AF Megastar, Shahir.

“Saya sedia bersemuka dengan Erra bagi menjelaskan perkara yang berlaku antara saya dan Shahir.

BACA: Shahir Mahu Tarik Diri Dari Konset Akhir AF Megastar

Menurut laporan Harian Metro, Mimi berkata, dia berani untuk bersemuka dengan Erra fazira yang merupakan kekasih Shahir supaya tidak dituduh sengaja mereka-reka cerita seperti yang didakwa netizen selepas kisah mereka tular.

Loading...

“Saya sedia beri kerjasama sekiranya Erra mahu bertemu saya. Saya tiada masalah untuk menunjukkan bukti perbualan saya dengan Shahir.

“Lagipun saya tidak suka netizen menuduh saya sengaja mengada-adakan cerita. Saya dan Shahir memang berkawan, bukan peminat atau penyokongnya di pentas AF Megastar seperti didakwanya sebelum ini,” katannya.

 

Mimi yang juga merupakan seorang pramugari ini berharap isu tersebut dapat diselesaikan secepat mungkin.

“Saya harap Shahir tampil meminta maaf dan menjelaskan perkara sebenar. Saya tidak mahu isu yang berlaku ini menjejaskan nama dan kerjaya saya.

“Lagipun antara saya dan Shahir hanya kawan. Saya juga baru mengenali seseorang dan kami baru saja berpasangan. Mujur saya sudah menceritakan perkara ini terlebih awal sebelum gambar saya dan Shahir menjadi tular,” katanya.

Dipercayai, teman lelaki baru Mimi ialah pemain bola sepak pasukan Terengganu iaitu Mohd Ridzuan yang baru dikenalinya.

Loading...

Sementara itu, Mimi mengatakan dia terkejut dengan kenyataan daripada salah seorang peserta AF Megastar iaitu Ewal yang mendakwa dia hampir menjadi mangsa perangkap Mimi.

Jelas Mimi, dia tidak akan teragak-agak untuk menunjukkan bukti sebelum ini Ewal pernah menggangunya sehingga dia dan kekasih lamanya berpisah.

“Saya terkejut apabila Ewal berani membuat kenyataan begitu. Ketika saya mahu tutup kes ini, dia tergamak mendakwa dirinya hampir menjadi mangsa.

“Ewal menghubungi saya dan cakap dia tidak pernah keluarkan kenyataan. Saya beritahukalau Ewal tidak keluarkan kenyataan, macam mana artikel itu keluar.Saya bengang dengan kenyataan bodoh Ewal itu. Jangan sampai saya tunjukkan bukti dia pernah menganggusaya sebelum ini. Saya masih simpan segala bukti perbualan kami,” akhirnya.

Sumber- Harian Metro

Sumber

 

 

Gambar Dengan Peramugari, ”Saya Taknak Ulas Apa-Apa”, Erra Mahu Shahir Akan Selesaikan Apa Yang Dia Mulakannya

 

Pelakon dan penyanyi popular, Erra Fazira, 43, berharap Shahir, 29, akan bertanggungjawab keatas kemelut dan berani menyelesaikan kontroversi yang dimulakannya.

Loading...

Erra yang enggan mengulas lebih lanjut atas apa yang berlaku bagaimanapun percaya segala yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya.

Shahir baru-baru ini menjadi bualan ramai apabila tersebarnya kisah sensasi mengaitkan dirinya dengan pramugari yang dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin. Pada masa yang sama Shahir juga dikatakan ada hubungan rapat dengan Erra.

“Saya rasa dia (Shahir) yang berhak meleraikan semua ini.

“Saya mengharapkan dia akan bertanggungjawab di atas apa yang terjadi. Tak perlu berselindung dan sebaiknya dia perlu berani menamatkan apa yang dimulakan,” kata Era.

Pada masa yang sama Erra juga sempat mendoakan agar Shahir melangkah jauh dalam saingan AF Megastar yang akan mencapai kemuncaknya, Ahad ini.

“Saya percaya, dia kena fokus pada persiapan menjelang pertandingan akhir itu,” ujar Erra lagi yang kini giat menjalani penggambaran drama, Gerak Khas musim baru.

Erra bagaimanapun enggan berbicara mengenai status hubungannya dengan Shahir yang dikatakan rapat sejak tiga tahun lalu termasuklah ura-ura dia ingin dilamar sebagai isteri awal tahun depan oleh Shahir.

Selasa lalu, dunia hiburan tanah air digemparkan dengan  yang menimpa Shahir dengan Mona, walaupun umum mengetahui hubungannya dengan Erra.

Kontroversi tersebut bermula apabila tersebarnya foto Shahir dengan wanita berkenaan di media sosial dengan keterangan seolah-olah mereka adalah pasangan kekasih. Shahir bagaimanapun tampil menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar peminat dengan artis.

Sumber : BH Online

 

 

Shahir Mahu Tarik Diri Dari Konset Akhir AF Megastar

 

Setelah kecoh dengan beberapa kontroversi, peserta akhir AF Megestar, Shahir Zawawi menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada pertandingan itu yang akan berlangsung pada Ahad ini.

Dia yang telah berkongsi berita itu melalui laman sosial Instagramnya.

Dalam kenyataan itu juga, Shahir memilih menarik diri selepas menganggap kontroversi yang membabitkan dirinya dengan wanita dikenali sebagai Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi sebagai satu sabotaj.

Shahir turut menegaskan ada pihak cuba menutup periuk nasinya sehingga dia tergerak hati untuk menarik diri daripada program itu.

Tak senang hati rupanya melihat Allah bagi rezeki pada saya. Cubaan sabotaj demi sabotaj untuk menutup periuk nasi saya.

“Baiklah, demi merealisasikan impian mereka untuk menghancurkan kerjaya saya, Insya-Allah saya sendiri akan tarik diri daripada pentas akhir AF Megastar,” tulisnya.

Sebelum ini, gambar Shahir dan Mimi tular di media sosial sehingga penyanyi terbabit menjelaskan wanita yang bekerja sebagai pramugari itu sekadar peminatnya.

Sementara itu, Mona pula mendakwa, Shahir cuba menyembunyikan kebenaran apabila tidak mengakui mereka berkawan sejak sebulan lalu.

Shahir akan berentap dengan empat finalis iaitu, Idayu, Marsha, Bob dan Syamel dalam pentas akhir AF Megastar nanti.

Sumber – Harian Metro

Loading...