SUSPEK TEMBAK ANGGOTA POLIS DITAHAN DI KLIA RUPA-RUPANYA ABANG SEPUPU MANGSA

Insiden pembunuhan Lans Koperal Valentino anak Mesa, 29 ketika bertugas bersendirian di kaunter pertanyaan balai polis di Subang Jaya itu, awal pagi Khamis lalu bukan sahaja dipandang serious oleh pihak polis malah bertindak pantas menahan seorang suspek berusia 34 tahun untuk bantuan siasatan.

Suspek Tembak Anggota Polis Ditahan Di KLIA Rupa-Rupanya Abang Sepupu Mangsagambar ihsan google

Memetik laporan Sinar Harian, suspek diatahan ditahan 16 jam kemudian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, ketika dia cuba melarikan diri ke luar negara.

Dilaporkan pagi kelmarin suspek berbaju lokap oren dibawa ke mahkamah di Petaling Jaya pagi kelmarin dan mahkamah meluluskan permohonan tahanan reman ke atas suspek selama 7 hari bermula kelmarin.

Loading...
gambar ihsan google

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor, proses siasatan yang dijalankan mengikut undang-undang sedia ada, kami mengharapkan tiada sebarang spekulasi ke atas tangkapan ini kerana akan menjejaskan siasatan sepertimana yang telah tular sebelum ini.

gambar ihsan google

“Ketika kejadian, suspek terbabit menyerbu balai berkenaan dan menetak adik sepupunya, sebelum mengambil pistolnya dan menembak mati mangsa.”

Memetik laporan Berita Harian, Datuk Mazlan Mansor turut berkata sebarang rakaman CCTV yang diserahkan kepada pihak penyiasat boleh membantu merungkai kes pembunuhan.

“Siasatan kes ini masih lagi berjalan. Tolong berikan kami ruang untuk menyiasat kes ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menafikan dakwaan bahawa senjata api yang dibekalkan kepada Valentino iaitu Walther P99, yang dipercayai diambil penyerangnya, sudah ditemui.

Menurut laporan China Press, suspek sebenarnya merupakan abang sepupu mangsa. Difahamkan, suspek berdendam dengan mangsa kerana pertikaian keluarga, kemudian merancang untuk membunuh mangsa

Loading...

Akhbar itu melaporkan suspek sengaja memilih waktu itu untuk memastikan pembunuhan dapat dijalankan dengan lancar berikutan suspek dikatakan biasa dengan jadual dan persekitaran kerja mangsa,

gambar ihsan google

Sumber yang dipetik akhbar Sin Chew Daily melaporkan, polis masih menyiasat motif pembunuhan, tetapi siasatan awal menolak kemungkinan kes itu ada kaitan dengan wang.

www.kakishare.tv

gambar ihsan google
Loading...