“Terbayang Wajahnya Ketika Berdoa Di Makkah, Akhirnya Neelofa Jodoh Saya – Ahli Perniagaan

 

“Saya sangat terkejut secara tiba-tiba wajah Neelofa muncul ketika saya sedang berdoa sambil menyentuh Multazam. Selain dia, saya juga terbayang wajah abang.”, kata seorang ahli perniagaan, Izdihar Rosland.

Izdihar, 31, berkata kejadian itu berlaku pada tiga tahun lalu sebelum dia mengenali pelakon Suri Hati Mr. Pilot itu. ” Masa itu saya pergi umrah untuk bawa diri sebab perniagaan minyak yang saya usahakan mengalami masalah.”

Loading...

“Jadi, tujuan saya ke sana untuk berdoa meminta hidayah. Tak sangka pula, wajah Lofa yang muncul,” katanya

Izdihar yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sun Fabulous Sdn Bhd, ditemui ketika majlis pelantikan Neelofa sebagai duta produk Chew N’ Glow yang berlangsung di Dewan Mercu Mustapha Kamal, Damansara pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu Izdihar menganggap bayangan tersebut adalah petanda jodohnya dengan Neelofa dan kini menjadi realiti.

Bagaimanapun menurut Izdihar, ia bukan bermaksud jodoh berkahwin tetapi bekerjasama dengan Neelofa dalam perniagaan produk kesihatan keluaran syarikatnya.

“Tak sangka bayangan tersebut adalah petanda Neelofa jodoh saya. Tapi bukan jodoh kami berkahwin. Jodoh bekerjasama dalam bisnes produk keluaran syarikat saya.

Loading...

“Selepas daripada itu, saya ada hubungi Neelofa untuk membuat ulasan produk saya di Instagramnya.

“Manakala pada awal tahun ini, saya melantiknya sebagai duta untuk produk Chew N. Glow keluaran syarikat saya,” ujarnya.

Neelofa pula, berkata dia menerima tawaran sebagai duta produk tersebut bukan kerana kisah yang diceritakan Izdihar.

“Saya dapat tahu tentang kisah dia terbayang wajah saya selepas terima tawaran menjadi duta produknya.

“Ketika itu, saya sedang menjalani penggambaran fotografi untuk produk Chew N’ Glow. Alhamdulillah, saya sendiri dah cuba produk itu dan hasilnya memang bagus.

“Sebab itu saya terima tawarannya. Bukan disebabkan cerita yang dikongsinya,” kata Neelofa.

Produk Chew N’ Glow diasimilasi dari ekstrak buah-buahan dan diklasifikasikan sebagai makanan dan ia selamat untuk dimakan oleh bayi, kanak-kanak, wanita hamil juga yang menyusukan anak dan lelaki.

Produk ini mampu membantu mempercepat proses penyembuhan luka di kulit, memberikan sinar pada raut wajah, dan ia juga rawatan alternatif untuk pesakit Eczema dan sangat sesuai pada mereka yang alahan kepada makanan laut.

Profil Neelofa yang nak kami kongsikan dibawah ni akan membuat korang bertambah tahu dan mengenal lebih dalam pelakon kegemaran korang yang memang sangat cantik dan sangat sangat berbakat ini. Kemampuan lakonannya sudah tidak diragukan lagi dengan kejayaannya melakonkan setiap peranan yang beliau mainkan di setiap drama / filem yang Neelofa lakonkan.

Loading...

Nama Penuh          : Noor Neelofa binti Mohd Noor
Nama Popular        : Neelofa, Lofa
Tarikh lahir             : 10 Februari 1989
Asal kelahiran        : Kelantan
Umur                      : 28 tahun (2017)
Kacukan                 : Melayu, Pakistan, Iran
Agama                    : Islam
Tinggi                     : 157 cm
Berat                       : 47 kg
Nama Bapa             : Mohd Noor
Nama Ibu                : Noor Kartini Noor Muhamed
Nama Bapa Tiri       : Abdul Halim Khan
Nama Kakak           : Sara Dinna, Noor Nabila, Noor Nellisa
Nama Adik              : Mohd Aqief
Nama Adik Tiri       : Nur Athisha, Nur Ameera,Mohamed Faliq, Putri Nur Athira
Pendidikan               : Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran dari Universiti Sunway
Pekerjaan                 : Pelakon, Model, Pengacara, Penulis, Ahli perniagaan, Jurucakap produk
Pencapaian Terbaru : Bintang Paling Popular (ABPBH 2016)
Jenama Tudung        : Neelofa Hijab
Akaun Twitter          : @neelofa
Akaun Instagram     : @neelofa
Akaun Facebook      : http://www.facebook.com/neelofa
Akaun Youtube        : https://www.youtube.com/user/neelofatv

Siri TV Lakonan Neelofa :

– Kasih Najihah
– Jiwa Dan Lara
– Sumpahan Anjasmoro
– Kitab Cinta
– Kau Yang Terindah
– Amukan Pocong
– Tahajjud Cinta
– Syahadat Cinta
– Karoot Komedia X Musim 2
– Suri Hati Mr.Pilot Pelakon Warda Erina Tan Sri Khalid Al-Fattah

Filem Lakonan Neelofa :

– Azura
– Hantu Kapcai
– SAM
– Lemak Kampung Santan
– Faithful
– Dollah Superstar
– Pilot Cafe

Telefilem Lakonan Neelofa :

– Jemmah Kolesterol
– Korban Tak Jadi
– Ijam Non Yankee
– Pusing Beraya
– Cahaya Insaniah
– Dibah Lori
– Tersalah Cinta
– Nyanyian Sakaratul Maut
– Janji Jujur Sepi
– Lukisan Takdir
– Wan Embong

Edited : facebook.com/kisahbenar.co

Loading...